PENGENALAN


Pengenalan Syarikat


Siapa Kami?

Bumidotcom Sdn. Bhd. (BDC) adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2010 dan memulakan operasi pada 14 Februari 2011 setelah mendapat lesen Akta Jualan Lansung (AJL931876) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Bumidotcom Sdn. Bhd. atau BDC menjalankan perniagaan pelbagai tingkat atau lebih di kenali sebagai Multi Level Markerting (MLM).
BDC merupakan syarikat pemasaran untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti dengan nilai yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan adanya kesedaran dan keinginan orang ramai tentang pentingnya kesihatan dan kecantikan telah memberi dorongan kepada syarikat intuk menawarkan jalan penyelesaian alternatif dalam mempertimbangkan kualiti hidup masa kini.
Dalam perlaksanaan untuk menjadikan rangkaian produk BDC sebagai satu pilihan utama kepada masyarakat, syarikat telah merangka dam membina satu sistem perniagaan yang mudah dan teratur untuk semua ahlinya agar dapat memasarkan produk secara efisyen dan tepat kepada pengguna disamping mampu menjana pendapatan dan mejalankan perniagaan secara lebih teratur dan profesional.
Kualiti adalah teras utama bagi pengeluaran produk-produk BDC, dengan itu BDC sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mematuhi piawaian yang telah diluluskan oleh badan-badan berkaitan di Malaysia. Syarikat percaya bahawa dengan misi dan visi yang menjadi panduan bagi setiap yang bernaung dibawahnya mampu memberikan kepuasan semua pihak bagi menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bermakna.

Pentadbiran Syarikat



 
Copyright © 2011. Maq100 Bumidotcom Online - All Rights Reserved
Created by MEGA ITECH NETWORK
Proudly powered by Blogger